
LUJNAH PENYELIDIKAN DAN PENBANGUNAN ( LPP )
SAIDINA ALI KWJ
“ kebaikkan yang tidak terancang akan dikalahkan oleh Kebatilan yang terancangan”
Dalam era globalisasi ini, keperluan kepada kerja yang terancang dan strategik adalah amat perlu, lebih – lebih lagi kepada organisasi islam yang membawa agenda dakwah yang besar kepada ummah. Kerja yang terancang dengan tindakan yang berasaskan kepada data dan maklumat yang tepat amat perlu bagi melestarikan gerakan dakwah yang optimis.
Melihat kepada perlunya satu badan atau unit yang bertindak untuk mengumpul maklumat, memprosesnya dan mengeluarkan cadangan – cadangan yang berstrategik, maka Kelab Iqra’ bertindak dengan menubuhkan LUJNAH PENYELIDIKAN DAN PENBANGUNAN ( LPP )
LPP terdiri daripada seorang pengerusi dan empat ( 4 ) orang ahli jawatankuasa yang membantu menggerakkan lujnah. Secara umumnya, LPP bertanggungjawab dalam memastikan perjalanannya selaras dengan visi dan misi kelab serta visi dan misi universiti khususnya. Diantara peranan yang perlu dimainkan oleh LPP ialah :-
- Membentuk tenaga kerja yang professional dalam perancangan, aktiviti serta tindakan.
- Mengkaji keperluan semasa mahasiswa bagi melahirkan graduan yang beriman, profesional dan mempunyai nilai tambah serta integriti yang tinggi.
- Merangka idea – idea yang rasional dalam membantu menyelesaikan perkara – perkara yang berkaitan dengan mahasiswa dan kelab.
Semoga dengan tertubuhnya LPP akan membantu melancarkan lagi perjalanan kelab dalam membantu mahasiswa UTHM khususnya dalam memberi pendidikan rohaniah dan spiritual, insyaallah.
Oleh,
Ketua LPP
013 - 7138403
0 comments to Selamat Datang..
Post a Comment